Saturday, March 23, 2019

I love rainy days.

some days, when the sky turns black with thick heavy clouds a distance curtain of falling rain can be seen. Gentle breeze is simply beautiful and nature gives it free. I love it. ^^

Let the rain kiss you. Let the rain beat upon your head with silver liquid drops. Let the rain sing you a lullaby. - Langston Hughes

Saturday, April 6, 2013


I think this is the time to move my ass from ya..
this heart of mine somehow or rather felt relief knowing that everything is according to what I've planned before.
funny sometimes the way you act trying to forget everything that suffocating you and act like you're a 12 years old kid.
you just know how to smile... smile..... and nothing else other than, smile.....

Thursday, April 4, 2013

rebel

mereka masih muda... aku pun sama..
di antara berjuta remaja.... aku salah seorangnya...
semua sifat muda remaja... aku ada...

tapi... entah kenapa...
sedar atau pun tidak...
penyakit 'tu' dah makin membiak...

anak anak muda... yang terkena serpihannya...


Thursday, March 21, 2013

pengisytiharan perang terhadap diri sendiri..

tujuan penulisan ini sangat penting ke kepada aku...
ia sebagai pengingat kesalahan lalu dan menjadi penguat jati diri aku..

2011...
aku bongkak.... aku alpa... aku lalai....
satu tahun yang paling mencabar dalam hidup aku...
kesalahan yang dilakukan memang menjadi parut di dada...
malah parut buat keluarga tercinta...

tapi...
hebatnya ciptaan Tuhan iaitu ibu dan bapa akan melindungi anaknya...
tak kira apa... mahu pun terpaksa menggadaikan nyawa mereka...

aku sangat sangat sangat bertuah...
kesilapan langkah itu bagi aku tidak boleh dimaafkan...
walaupun ada masa kami bertekak, menengking malah ada bercakaran...
tapi waktu itu adik beradik pula semua di belakang aku...

tatkala aku semakin rebah menyembah bumi...
merekalah yang memangku memberi kekuatan dan dorongan...
kemudian baru aku tersedar...
di dalam kesengsaraan Allah SWT beri...
Dia tunjukkan suatu rasa yang.... Dia memerhatikan...

namun kini...
hari itu sudah berlalu pergi?

2 hingga 3 minggu ini sangat memenatkan...
perihal belajar, kerja dan keluarga...




sampai di suatu tahap aku mula tertanya-tanya....
siapalah aku pada mereka?

adakah aku yang terlalu emotional?
adakah aku yang bersalah?
adakah aku terlampau mementingkan diri sendiri??
ya mungkin memang 'aku' puncanya...

dan aku hari ini akhirnya tahu...
rupanya bukan aku yang diuji...
tapi 'mata hati'...

terima kasih ya Allah...
kerana Kau sering membimbingku hari demi hari...
untuk aku membentuk diriku...
seperti yang Engkau mahu. Amin.

Saturday, February 23, 2013

mentekedaghoh

hari2 dok belek2 kalendar cino tu...
makin lama, makin terngiang2 benda2 lepas.
mula2 sebelum pindah dari bendang, aku lah yang bongsu,
yang paling nakal,
yang umur aku 4 tahun dah ikut orang pergi mengintai anak dara mandi (tapi tak tahu apa pun waktu tu),
yang pernah kene kejar dengan parang,
yang selalu jatuh sakit pastu berubat pakai pokok2 yang ada kat tepi2 rumah,
yang selalu setiap tengah hari mesti berkelah dengan 'gang' kat kampung,
yang menjadi muka tetap 'pembantu' pakcik dok sebelah kubur tu petik buah beri dia (last2 dapat tahu dia tak kesah pun),
yang umur 5 tahun dah jadi raja guli mengalahkan budak remaja kat kampung kodiang,
yang boleh buat gasing sendiri, layang2 (wau tak reti sebab susah), pistol kayu, pistol buluh (caplom),
yang reti buat mini kebota (mesin padi) yang boleh gerak sendiri,

yang suka tengok citer hindustan (waktu tu citer hindustan tgh top kat mesia),
yang pernah rasa 50 sen boleh beli coklat salut emas bentuk syiling 1 ringgit tu, beli guli, beli ais kepal, paling best beli sagu yang paket dia macam coki2 tapi version kertas punya,
yang petang2 mesti aku pi kat standing post kecik tepi jalan, tunggu posmen hantar surat (waktu tu untuk 3 kampung posmen tak kan masuk dalam setiap kampung, posmen hanya letak semua surat kat dalam standing post tu pastu semua orang kena collect surat sendiri. so aku collect surat utk rumah aku, dapat upah 50 sen drpd arwah nenek),
yang arwah nenek paling sayang,
yang arwah nenek manjakan..
dan yang macam2 lagi lah! hahaha

tapi tu semua dulu...
zaman yang aku ingat pada waktu tu aku rasa aku ni satu benda pun tak tahu.
tahun ke tahun daripada asal rumah tepi bendang sampai dok rumah tepi kondo segambut. (first time kaki cecah sppk, umur 5 tahun)

setiap pagi rasa seronok tengok kakak2 dgn abg siap2 pergi sekolah kat sri sinar. (dulu mak kami cikgu bahasa inggeris kat sana)
aku pulak kena pi tadika kat area sppk. mula2 tu susah nak terima, mesti kalau nak mandi pagi je aku nangis2 sebab tak mau pergi tadika.
so sebagai penyelesaian sementara, ayah nya bawak aku pi jadik office boy kat opis dia kat bukit tunku tu.
nak dijadikan cerita, opis dia dalam rumah tan sri syed mokhtar dan ktorg hanya panggil dia tuan syed.
waktu tu tuan syed tak dikenali seluruh mesia lagi. kalau ada yg kenal, tu hanya yang pernah berurusan businesss dgn dia.
jadi rumah tu lah jadi pusat dia buat kerja dan yang bekerja kat situ ada 4 orang je. tuan syed sendiri, arwah atok aku dan anak dia, dan sorang pakcik yang aku panggil uncle den.
untuk aku pulak, kerja aku hari2 adalah kacau bapak aku kerja, main kejar2 dengan anak perempuan tuan syed (sophia - muda setahun), makan pastu petang pukul 5 arwah atok aku hantar aku balik naik motor kris yang sekarang ni aku pakai, sebab ayah aku banyak kerja dan selalu balik malam.
tapi disebabkan aku ni tak boleh pakai, ayah aku tak tahan jadi dia hantar balik aku masuk tadika.
so paksa rela, habis jugak la aku tadika utk umur 5 tahun.
dan sebagai penghujung berumur 5 tahun, aku bukan lagi menjadi yg bongsu.

masuk umur 6 tahun, perubahan mengejut yg terjadi dan aku tak boleh terima.
ingatkan habis tadika umur 5 tahun tu tak payah pergi tadika dah.
rupa2 nya lagi teruk... mak nya cikgu inggeris sekolah rendah sri sinar, umur 6 tahun mak aku dah bawak aku masuk sekolah darjah 1. pekat lagi dalam kepala otak ni hah masa tu satu kelas dengan si vinesh yg sekarang ni jadi jiran sebelah rumah.
pengalaman tu tak payah cerita lah kan, macam2 jadi kat sekolah. diingatkan.... memang.... macam-macam.
tum tam tum tam... pendek kan cerita tamat lah zaman sekolah rendah.
pejam celik pejam celik, menapak pulak aku dgn keluarga kat rumah kayu jalan senget ni.
masuk la cerita zaman sekolah menengah. tingkatan 1 hingga 5. hampir semua benda aku ingat. sedangkan yang sebelum tadika aku ingat, ni kan pulak yang baru berapa tahun tinggal. tingkatan 1, 2 paling kelakar dan sedih. tingkatan 3 macam tak ada apa2. tingkatan 4, 5 paling tinggalkan kesan.
macam mana pun, semua tu dah lepas.


sehinggalah aku tandatangan satu kontrak untuk belajar sambil bekerja selama 10 tahun.
aku mula kenal erti menuntut ilmu. aku belajar... aku belajar.... aku belajar......
kerja pun aku belajar.... setiap hari setiap hembusan nafas ni aku belajar. duniawi dan akhirat.
betapa penting nya harga suatu ilmu tu kat aku. sedangkan dulu aku lansung tak amek kisah.
malu la jugak dengan diri sendiri sebab sekarang ni kesan nya al-fatihah pun aku tak khatam lagi.
sebelum ni, terus terang kata... sekolah rendah sekolah menengah, aku anggap macam tempat sampah je. pengawas sekolah rendah? pengawas pusat sumber sekolah menengah? pakai songkok? lagi lah semua tu aku tak anggap apa2 pun. hanya sekadar menghabis kan waktu harian semata2.
tapi nak buat macam mana, menyesal kemudian....? buat apa kan.

apa2 pun, masa memang sangat2 cepat berlalu.
semua nya ketentuan Ilahi. beberapa minggu lagi mula hidup kat kota damansara. kerja. mula kan perniagaan sendiri.
bagai nak mula fasa yang baru untuk kehidupan ni.
kakak dan abg pulak akan jalinkan ikatan. bermakna ahli keluarga baru untuk keluarga kami.
moga segalanya diredhai oleh Allah swt. amin.





Tuesday, January 29, 2013

Layan perasaan

Di mana pun kau berada..
ku harap kau sihat sihat selalu.
Janganlah risau..
Suatu hari pasti akan aku temu.

Buat sementara waktu ini..
Jaga peliharalah setiap benda perkara
dan moga rahmatNya kita berdua perolehi.

Kerana jangan kau lupa..
Jasad malah roh kita milik Dia
Dia lah Empunya segala-gala.

Oleh itu selitkan doa..
Aku, supaya boleh membimbing mu..
Kau, sebagai pelengkap jadinya aku.

Sekiranya kau ada detik pilu menunggu..
Walaupun tidak serupa
Percayalah kita sememangnya sama.

Bersyukurlah kepada Dia kerna..
Memberi masa untuk kita perbaiki diri.

Sehingga tibanya waktu itu..

Sabarkanlah diri..

Wahai si tulang rusuk kiriku...