Nek,
suatu masa bernama dahulu
makanku selalu nenek suapkan
mandiku jua nenek jiruskan
masa tidurku pula nenek dodoikan
diriku nek tak pernah berenggang
Nek,
musim belalu begitu pantas
cu bertuah dibesarkan oleh mu
rasa syukurku ke hadrat Ilahi tidak terbagi
berbanding ramai remaja zamanku ini
yang mungkin mereka dimanjakan oleh keluarga
menyebabkan mereka lupa akan erti kesusahan
Nek,
dirimu sangatku rindui saat ini
ajaran dan peringatan nenek terhadapku
suara nenek yang gerimis
pada sebuah kesilaman
cu selalu minta dibelai manjamu
kerana ayah dan ibuku sibuk seharian
cu menjadi amat amat rindu
Nek,
cucumu ini berbangga dengan didikanmu
cabaran kehidupan cu tongkah satu persatu
malah akanku cuba terbang
mencari sinaran
berkat seorang ibu dan anakmu
insyaAllah cucumu ini temui kejayaan
sekiranya tidak
cu terima takdir yang telah ditentukan
Nek,
cu doa nenek diberikan tempat disampingNya
semuanya telah berlalu
namun saat ini kenangan mengusik kalbuku
pohon agar titisan cu tidak membebankan nenek
cu bukannya apa
walaupun nenek tidak dapat lihat hatiku ini
cu cuma ingin luahkan
doaku kuiringi senantiasa
Amin
~ cucu manjamu <3
0 ramens:
Post a Comment