Thursday, October 28, 2010

warong kopi

pada suatu petang,
aku lepak bersama beberapa orang teman aku di warong..
seperti biasa, teh ais dan sekotak 'durjana' di atas meja..
sedang berpoya-poya menikmati peluang yang diberikan oleh tuhan..
aku tertarik dengan suara-suara manusia yang rancak berborak di sebelah meja

"Bang,nasi bujang dan air kosong satu"
"*baik..!" (balas abang warong)
"alah kau, nasi bujang jee?"
"kenapa?"
"tak adalah, kau bukannya tak ada duit nak makan, minum?"
"tak apa, aku suka makan nasi bujang dan air kosong"
"ikut suka kaulah"

kemudian, kebetulan teman-temanku juga telah mendengar perbualan itu..

"weyh kau dengar tak mereka cakap apa?"
"dengar, pasal nasi bujang dengan air kosong kan?"
"a'ah, apa la orang tu. Naik BMW tapi nak makan untuk diri sendiri pun kedekut"
"alah biarkan je dah citarasa dia, biarlah dia nak makan apa"
"tak adalah, ni kedekut sampai member sendiri pun tegur"
"mana kau tahu yang dia itu sebenar-benarnya kedekut?"
"dah makan pun nasi bujang je padahal naik BMW? apa lancau?"
"mungkin sudah memang menjadi kebiasaan bagi dia nasi bujang kowt? jadi biarkan sajalah"

Teman-teman ku terkelu..

Aku menghirup minumanku sambil bermonolog tersengih memandang mereka.

'Nasi bujang satu'

Rasa hebat.Imej ringkas, tenang.
Itu nasi bujang dan air kosong.
Mudah.Dan tiada apa yang istimewa.
Cukup untuk memenuhi selera.

Kini ;
Nasi bujang dan air kosong memang tiada rasa.
Mudah muak untuk dijamu rasa.
Tetap sama.Tiada perbaharuan rasa.
Tetap ringkas seperti mula mula.

Menu lain diangkat nama.
Lebih sedap lebih berasa.
Tapi kamu tetap pilih yang sama.
Kerana nasi bujang yang mengajar erti rasa.

'Dik,makan apa?'
'Nasi goreng apa ada bang?'
'Semua jenis nasi goreng ada'
'Okay,nasi bujang satu bang'

tetap pilih yang sama.
Sebab ia yang mengajar kita erti rasa.

Tapi bukan berkaitan pendapat tersebut yang aku ingin ketengahkan di sini.

Aku hanya ingin berkata tentang sikap kau dan kau.
Dan mungkin juga aku.
Tentang sikap mudah melatah.
Contoh yang mudah aku lihat adalah bila kejadian ini berlaku.
Kau dan kau, melatah dan membuat spekulasi, tanpa kaji dan fahami situasi yang berlaku.
Akhirnya bila diberitahu tentang situasi sebenar,baru lah semua terdiam.
Dan akan keluar lah ayat "ohhhhhh!"
Aku faham kau dan aku adalah Melayu.
Terkenal dengan sifat mudah melatah.Tapi kita perlu ubah itu.
Aku sudah bosan.Bosan.
Maafkan aku.Aku bukannya Hang Jebat.
Tapi aku bosan dengan fiil bangsa aku sendiri.

Melatah.
Terus melatah.
Dengan petah.
Kemudian diludah.
Baru hendak tergadah.
Aku sudah bosan dengan semua itu;
Melayu.

~post sempena minggu bahasa kebangsaan 3 minggu lepas. (" ,)