Tuesday, January 29, 2013

Layan perasaan

Di mana pun kau berada..
ku harap kau sihat sihat selalu.
Janganlah risau..
Suatu hari pasti akan aku temu.

Buat sementara waktu ini..
Jaga peliharalah setiap benda perkara
dan moga rahmatNya kita berdua perolehi.

Kerana jangan kau lupa..
Jasad malah roh kita milik Dia
Dia lah Empunya segala-gala.

Oleh itu selitkan doa..
Aku, supaya boleh membimbing mu..
Kau, sebagai pelengkap jadinya aku.

Sekiranya kau ada detik pilu menunggu..
Walaupun tidak serupa
Percayalah kita sememangnya sama.

Bersyukurlah kepada Dia kerna..
Memberi masa untuk kita perbaiki diri.

Sehingga tibanya waktu itu..

Sabarkanlah diri..

Wahai si tulang rusuk kiriku...